suria

Perhimpunan Sokong Raja Di Padang Kelab Sultan Sulaiman Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengadakan perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Ahad ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.

"Perkasa telah menerima permit perhimpunan daripada pihak polis. Acara ini dibuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya pada sidang media pelancaran perhimpunan itu di sini, Jumaat.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, perhimpunan yang bermula 9 pagi itu dijangka disertai 5,000 orang, katanya.

Abdul Rahman berkata Presiden Jalur Tiga Datuk Dr Hasan Ali dijadual menyampaikan ceramah pada perhimpunan itu. -BERNAMA

Artikel Lain