suria

Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan Kerja Dua Hari Ke Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, Jumaat, untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Ketibaan beliau, yang diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dengan pesawat khas, di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan-timbalan Ketua Menteri, anggota Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Sejurus tiba, Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menaiki helikopter ke Ranau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu bagi menghadiri program bersama rakyat dan perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis bersama pesara guru dan bakal pesara di Grand Ballroom 1Borneo, Likas, dekat sini sebelum menghadiri makan malam bersama pemimpin dewan-dewan perniagaan negeri Sabah di Magellan Sutera.

Pagi esok, Muhyiddin akan melakukan tinjauan mesra di pekan Kota Belud dan seterusnya menghadiri majlis bersama rakyat di SMK Narinang, Kota Belud.

Beliau kemudian akan menyempurnakan majlis penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada sebelah petang sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

Artikel Lain