suria

KDN Perluas Ops 1Malaysia Ke 87 Kawasan Jenayah Tinggi Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: Ops 1Malaysia bagi mencegah jenayah kini diperluaskan ke 87 kawasan Parlimen di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata 107,286 pegawai dan kakitangan kementerian itu termasuk jabatan dan agensi di bawahnya terlibat dalam Ops 1Malaysia sejak ia dilancarkan pada 23 Dis 2011.

"Jumlah itu mengatasi sasaran awal kerajaan iaitu seramai 100,000 yang dijangka terlibat dalam pelaksanaan program itu yang kini turut membabitkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata program Ops 1Malaysia itu adalah antara inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam meningkatkan kehadiran pihak berkuasa berteraskan semangat perpaduan rakyat dan kesukarelawan yang bertujuan meningkatkan semangat perpaduan masyarakat setempat.

Perluasan program itu adalah berikutan hasil kejayaan yang dicapai melalui program itu dalam menurunkan kadar jenayah di 10 kawasan panas yang telah ditetapkan di bawah fasa pertama program berkenaan, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain