suria

Rakyat Bangladesh Maut Dihempap Timbunan Besi

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Bangladesh maut apabila dihempap timbunan besi di sebuah premis perniagaan di Jalan Sungai Besi di sini, Khamis.

Ramij Miah, 26, dihempap besi-besi itu apabila palang pengikat besi berkenaan patah pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Superitendan Mohan Singh Tara Singh berkata, ketika itu Ramij sedang menjalankan tugas bersebelahan kawasan timbunan besi.

"Ketika kejadian, dipercayai palang pengikat besi patah dan beralih dari kedudukan asal menyebabkan ribuan palang besi seberat 3 kilogram setiap satu menghempap mangsa," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mayat Ramij dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain