suria

Penyenaraian FGVH Diteruskan Tanpa KPF

KUALA LUMPUR: Penyenaraian Felda Global Ventures Bhd (FGVH) akan dilakukan pada akhir Mei atau awal Jun ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamed Isa Samad berkata, penyenaraian itu dilakukan tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) sebagai pemegang saham utama.

Pada Khamis lalu, majoriti perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bersetuju dengan langkah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Peneroka Felda menerusi KPF memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings dengan 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

FGVH dimiliki 100 peratus oleh Felda.

Artikel Lain