suria

MPK Sita Dua Kafe Siber Dan Rampas 12 Mesin Judi Bernilai RM24,000

KUANTAN: Dua premis siber kafe yang menjalankan aktiviti perjudian internet disita serta 12 buah mesin judi bernilai RM24,000 dirampas dalam satu operasi bersepadu oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini, malam Rabu.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata dua penjaga premis berkenaan di Indera Mahkota dan Taman Tas ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya dalam operasi bermula 9.30 malam hingga 1 pagi itu, dua buah lagi premis siber kafe di Air Putih dan Jalan Dato' Bahaman di sini dikenakan kompaun kerana melanggar syarat lesen perniagaan.

Katanya kedua-dua premis itu menjalankan operasi melebihi masa yang ditetapkan dalam lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya operasi bersepadu disertai oleh 30 anggota dari MPK, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

Artikel Lain