suria

Menteri Diarah Failkan Afidavit Jelaskan Kedudukan Bersih

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Menteri Dalam Negeri untuk menfailkan afidavit menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perhimpunan Bersih 2.0 sebelum atau pada 10 Mei ini.

Peguam Aston Paiva yang mewakili Bersih memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah mengambil kenyataan berhubung aktiviti Bersih baru-baru ini dan perlu mengesahkan kedudukan menteri mengenai perhimpunan tersebut sebelum keputusan dibuat.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga telah menfailkan permohonan bagi mencabar tindakan kerajaan yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai ogranisasi tidak sah.

Aston berkata, Rohana berpendapat, perhimpunan tersebut seolah-olah telah diharamkan, tetapi Menteri Dalam Negeri dilihat mencadangkan sebaliknya.

Katanya, Rohana turut menyatakan kebimbangan mengenai permohonan utama sama ada Bersih sepatutnya diharamkan dan beliau perlu mengetahui kedudukan menteri untuk menilai dengan sewajarnya kesemua fakta.

Artikel Lain