suria

Polis Rampas Rokok Seludup Bernilai RM197,000

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Marudu berjaya merampas sejumlah 1,664 karton rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai lebih RM197,000 dalam satu operasi di Jalan Bunsadan, Kampung Kokobuan, Kota Marudu dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu DSP Mohd Isa Yusof berkata dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis di sebuah rumah pada pukul 11.30 malam, dua lelaki tempatan dalam lingkungan umur 22 hingga 27 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Pihak kami berjaya merampas rokok pelbagai jenis dengan nilai berharga RM45,684 dan anggaran cukai mencecah RM197,311," katanya.

Mohd Isa berkata kes terbabit kini dirujuk ke pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain