suria

Lelaki Asing Ditemui Mati Di Tempat Pembuangan Sampah Di Subang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara asing ditemui mati dengan tangan diikat berdekatan kawasan tempat pembuangan sampah di Masjid Subang Airport dekat sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima laporan itu daripada pegawal keselamatan yang bertugas di kawasan itu, pada kira-kira 8 pagi.

"Mayat mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan dibawa ke kawasan ini berdasarkan kesan luka di leher dan badannya, malah kedua-dua tangannya juga terikat.

"Ketika ditemui mangsa lengkap berpakaian dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain