suria

Bomba Sempat Selamat Kedai Perabot Daripada Hangus

KULIM: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah kedai perabot di Jalan Tunku Putra di sini daripada hangus malam Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kulim, Ahmad Ridwan Yahaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.58 malam dan bergegas ke lokasi kebakaran dan tiba di sana kurang daripada lima minit.

Namun sebaik tiba api sedang marak dan membakar bahagian belakang stor kedai perabot berkenaan, katanya di lokasi kebakaran.

"Bahagian hadapan iaitu ruang pejabat dan ruang pameran sempat diselamatkan dan perabot di dalamnya tidak mengalami kerosakan atau terbakar.

"Anggota kami juga sempat mengawal api daripada merebak ke sebuah rumah kediaman berhampiran dan sebuah premis menjual kereta terpakai bersebelahan kedai perabot itu," katanya.

Punca kebakaran tidak diketahui. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain