suria

Tunku Mansor Tunku Kassim Bukan Tunku Laksamana Kedah

ALOR SETAR: Tunku Mansor Tunku Kassim tidak menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah seperti yang terkandung dalam berita 'Tunku Laksamana Kedah Buat Laporan Polis Mengenai Pindaan Enakmen' yang disiarkan Bernama Ahad lepas.

Menurut kenyataan Pejabat Sultan Kedah pada Selasa, kekeliruan berlaku mungkin disebabkan ayahanda Tunku Mansor iaitu Tunku Kassim telah menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah sebelum mangkat.

Jawatan itu tidak diwarisi dan jawatan Tunku Laksamana Kedah yang sekarang disandang oleh salah seorang Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, yang merupakan adinda Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, pihak Bernama memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. - BERNAMA

Artikel Lain