suria

Tujuh Pati Ditahan Di Kelong Ternak Kupang

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen menahan tujuh pendatang asing tanpa izin di empat buah kelong menternak kupang di perairan Senibong di sini, Selasa.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairul Anwar Abu Bakar berkata penahanan itu dibuat hasil penyamaran enam anggota Imigresen sebagai pembeli kupang, selepas menerima aduan orang awam.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu adalah lelaki berasal dari Indonesia yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

"Operasi pada pukul 11 pagi itu disertai 10 pegawai dan anggota dan ia merupakan serbuan pertama yang melibatkan kawasan kelong," katanya.

Mereka kemudiannya dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika di sini untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

Artikel Lain