suria

Rogol Remaja Bawah Umur: Bekas Imam Dipenjara 15 Tahun, 12 Sebatan

JOHOR BAHARU: "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian.

"Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.

Tertuduh didapati bersalah merogol mangsa di rumahnya di Jalan Camar 3, Taman Perling, di sini pada 21 Februari tahun lalu.

Hakim berkata tertuduh hanya menafikan dakwaan dia melakukan perbuatan jenayah tersebut dan gagal menyakinkan mahkamah dengan mengemukakan bukti prima facie

Nur Akmal yang telah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang namun gagal menahan emosi serta mengalirkan air mata ketika dia dipeluk oleh ahli keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya diwakili oleh Afif Ali sementara peguam bela Sukhaimi Mashud mewakili Nur Akmal. -BERNAMA

Artikel Lain