suria

Malaysia Tawar Kualiti Pada Kos Berpatutan: Mukhriz

KYOTO: Malaysia boleh menyediakan tahap kualiti yang sama pada kos yang berpatutan kepada syarikat-syarikat yang terjejas oleh bencana tahun lepas di Jepun dan Thailand, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

"Pada masa yang sama, kita boleh membantu mereka mengurangkan risiko yang berkaitan dengan bencana negara.

"Malaysia dikurniai persekitaran semula jadi yang sangat selamat dan terjamin untuk pelaburan dan ia adalah destinasi amat ideal untuk pelaburan seperti ini," kata Mukhriz yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan terdiri daripada 28 anggota ke Kyoto dan Nagoya, bermula Isnin.

Semasa ditanya mengenai minat yang telah ditunjukkan untuk menempatkan semula aktiviti, Mukhriz berkata respons sangat baik.

Bagi Jepun, kata Mukhriz, mereka mengguna pakai dasar "China campur satu" di mana mereka mempunyai pelaburan di China dan juga mahu berada di Asean.

"Dalam Asean, sebuah negara yang mampu menyerap tahap teknologi mereka ialah Malaysia," katanya kepada Bernama di luar acara misi tersebut.

Artikel Lain