suria

Kanak-Kanak Mangsa Dera Tunjuk Perkembangan Positif

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melihat keadaan Mohd Danish Aiman yang masih memerlukan sokongan pernafasan sewaktu melawat kanak-kanak mangsa dera itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, Isnin.Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa (kiri). Mohd Danish yang berusia dua tahun setengah, didera teman lelaki ibunya sehingga koma Sabtu lalu.-Foto BERNAMA.

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak mangsa dera teman lelaki ibunya sendiri, Mohd Danish Aiman Abdullah, mula menunjukkan perkembangan positif setelah menjalani pembedahan di bahagian kepala Sabtu lalu. Menurut Pakar Bedah Otak dan Saraf Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Dr. Najaimin Udin, keadaan kanak-kanak berusia dua tahun setengah itu semakin stabil. "Berdasarkan pemeriksaan terdapat kesan-kesan penderaan yang lama terhadap kanak-kanak ini dan kali ini kecederaan agak parah.

"Namun setelah menjalani pembedahan, Mohd Danish menunjukkan reaksi yang baik dan mampu menggerakkan mulut, kaki dan tangan walaupun masih belum sedar sepenuhnya," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, Isnin.

Akibat penderaan itu Mohd Danish mengalami pendarahan pada otak sebelah kiri dan dijangka akan menjalani pembedahan buat kali kedua.

Kanak-kanak itu ditemani di hospital oleh ibunya, Norisah Kassim, 22, yang enggan ditemui pemberita.

Mohd Danish koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya Sabtu lalu, ekoran perselisihan faham antara ibu itu dengan lelaki tersebut.

Sementara itu, gerakan memburu suspek masih giat dijalankan oleh polis yang percaya masih berada di sekitar Kuala Terengganu. -BERNAMA

Artikel Lain