Guna Wang Palsu: Penuntut Nigeria Dipenjara

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Nigeria dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan termasuk memiliki dan menggunakan wang kertas palsu, tahun lepas.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Adegbola Adesola, 28, selepas penuntut kolej swasta itu menukar pengakuan bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan.

Hakim itu memerintahkan hukuman bagi kesemua pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 November 2011.

Hukuman penjara dua tahun dijatuhkan, masing-masing bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga manakala denda RM2,000 atau penjara enam bulan ke atas Adegbola jika gagal membayar denda bagi pertuduhan keempat.

Bagi pertuduhan pertama, Adegbola didakwa mengguna sekeping wang kertas palsu RM100 untuk membeli dua pasang kasut dan sepasang selipar berjenama Lois dengan menyerahkan wang itu kepada seorang jurujual, Fatin Ruhaida Yamaluddin, 23, di Lois Shop, Berjaya Times Square, Dang Wangi, di sini, pada 5 petang 24 November 2011.

Dia juga didakwa menggunakan wang kertas palsu dengan nilai sama untuk membeli dua pasang selipar, dua helai seluar pendek jenama O-Neill, sehelai seluar boxer lelaki jenama Kleins dan dua tali pinggang jenama Northen Rock dengan menyerahkan wang itu kepada seorang jurujual, Seima Sandigo, 20, di Factory Outlet Store (FOS), Tingkat Bawah Plaza Berjaya Times Square, Dang Wangi di sini, pada 4.24 petang pada hari yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 489(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki 25 keping wang kertas Ringgit Malaysia, setiap satu dengan denominasi RM100 yang disahkan palsu, di Pondok Polis Times Square, Dang Wangi di sini pada 6.35 petang, pada hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun.

Bagi pertuduhan terakhir, dia didakwa mengikut Akta Imigresen kerana berada di Malaysia melebihi tempoh sah yang dibenarkan.

Adegbola didakwa melakukan kesalahan itu di Pondok Polis Times Square, Dang Wangi pada 6.35 petang pada hari yang sama.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4)akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Artikel Berikut

35 Rumah Papan Hangus Terbakar

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain