suria

Skim Penjagaan 1Care Tidak Wujudkan Monopoli - Liow

SHAH ALAM: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Isnin menafikan dakwaan bahawa skim penjagaan kesihatan negara 1Care akan mewujudkan monopoli.

Sambil menyelar tindakan pihak terbabit sebagai tidak bertanggungjawab, Liow berkata skim itu masih pada peringkat cadangan dan pihaknya sedang mendapatkan maklum balas daripada masyarakat serta pihak berkepentingan. "Tidak ada keputusan dibuat mengenai skim ini. Skim ini belum mula lagi dan ada orang katakan ada unsur monopoli dan sebagainya," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anggota Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia Dr Ng Swee Choon yang dilapor berkata polisi itu akan membawa kepada monopoli dalam aspek menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Mengulas lanjut, Liow berkata pihak terbabit sengaja mengeluarkan kenyataan untuk mengelirukan masyarakat sedangkan belum ada keputusan dibuat mengenai 1Care termasuk berkenaan pelaksanaannya.

Skim 1Care dicadang bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih adil kepada semua masyarakat terutama kepada golongan miskin, selain menangani isu ketirisan dana awam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain