PM Lawat Sarawak 26 Hingga 28 April - Semasa | mStar

PM Lawat Sarawak 26 Hingga 28 April

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat Sarawak mulai 26 hingga 28 April ini, yang akan memberi peluang keemasan kepada orang ramai untuk bertemu beliau dalam beberapa tinjauan mesra yang dilakukannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Negeri, lokasi pertama kunjungan Najib adalah di Sibu apabila beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, diiringi Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Puan Sri Raghad Kurdi Taib dijangka menghadiri jamuan malam muhibbah pada Khamis.

Pada hari berikutnya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di pasar Sibu, bertemu dan beramah mesra bersama peniaga serta pengunjung, malah berkemungkinan singgah sebentar untuk bersarapan pagi sebelum beredar untuk merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwang berharga RM12 juta di Jalan Lanang di sini.

Perdana Menteri kemudiannya akan meneruskan lawatan ke pekan Kabong, berhampiran Saratok di Bahagian Betong, dan beliau dijangka diberi sambutan meriah oleh penduduk setempat.

Ini disusuli dengan lawatan ke Kuching dan menghadiri jamuan malam bersama Ketua Menteri di Demak Jaya di sini.

Pada Sabtu, Najib akan melakukan satu lagi tinjauan mesra di pasar tani Matang Jaya sebelum menghadiri program 'Jelajah Janji Ditepati' di tempat parkir Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.

Beliau akan turut melawat hari terbuka Makmal Bandar Raya dan Koridor di bangunan lama Dewan Undangan Negeri yang terletak berhampiran.

Di sebelah tengah hari, Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), akan bertemu pemimpin BN negeri di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Beliau dijangka membawa keceriaan kepada masyarakat di semua tempat yang dikunjunginya dan mereka yang berhasrat bertemu secara dekat dan bertanyakan khabar kepada Perdana Menteri boleh berbuat demikian di semua program tinjauan mesranya di pasar Sibu, Pekan Kabong, pasar tani Matang Jaya dan program 'Jelajah Janji Ditepati' di sini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain