suria

MIC Mahu Kementerian Pelajaran Tubuh Bahagian Khusus

KUALA LUMPUR: MIC meminta Kementerian Pelajaran menubuhkan sebuah bahagian baru yang diketuai oleh seorang pengarah khusus bagi menjalankan program pembangunan dan pembinaan sekolah Tamil di negara ini.

Presidennya Datuk seri G. Palanivel berkata bahagian tersebut perlu dianggotai oleh jurutera, pereka dan pegawai kewangan.

"Ke mana sahaja kami pergi, kami menerima permintaan dari sekolah Tamil untuk pelbagai bantuan dan sekiranya ada bahagian khusus dalam kementerian, maka bahagian itu boleh mengendalikan apa juga permohonan atau permintaan dari sekolah Tamil," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata bahagian itu juga boleh membuka laman sesawang dan sistem e-mel bagi menerima permintaan dan memantau sekolah Tamil secara atas talian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain