suria

Menteri Di Sabah Terbabit Kemalangan Cedera Ringan, Pengawal Peribadi Kritikal

KOTA KINABALU: Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad.

Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor.

Bagaimanapun, pengawal peribadi beliau, Sairul Hamid, 51, dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kaki yang serius dan mungkin memaksa doktor memotongnya.

Pemandu, Yousrie Syah, 33, juga mengalami kecederaan dan berada di bawah pemerhatian hospital.

Difahamkan Azizah dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampungnya di Beaufort apabila pemandu yang memandu Toyata Prado dikatakan hilang kawalan di Km6 Jalan Kapayan-Lok Kawi sebelum melanggar pagar dan sebahagiannya terbabas ke dalam sebuah longkang.

Azizah dan pemandu telah dibawa ke hospital oleh polis manakala ambulans membawa pengawal peribadi.

Seorang pembantu Azizah berkata bahawa beliau dalam keadaan baik walaupun terkejut dengan kejadian itu.

Beliau dalam perjalanan pulang ke Beaufort untuk menghadiri tiga majlis rasmi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain