Polis Cari Dua Suspek Kes Tipu RM1.76 Juta - Semasa | mStar

Polis Cari Dua Suspek Kes Tipu RM1.76 Juta

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes menipu melibatkan kerugian sebanyak RM1.76 juta.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, suspek berkenaan yang hanya dikenali dengan nama samaran Ismawi Roslan dan Datuk Abdul Razak Murad dipercayai berada di Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua suspek dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes di Ampang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta mengbungi Pegawai Penyiasat Insp. Nurul Ain Azman Shah di talian 012-4241004, 03-429522222 atau ASP Muhd Tarmizi Awang daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ampang Jaya, di talian 016-3116824 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Proton Terima Tempahan 2,800 Unit Preve

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel