suria

Pengawal Keselamatan Didakwa Curi RM79,368

JOHOR BAHARU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat terhadap tuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM79,368.95, awal bulan ini.

Mohd Rizwan Basir, 25, yang berasal dari Felda Tenggaroh 1, Mersing, dituduh mencuri wang berkenaan di Bank RHB Berhad, di alamat 22 & 24, Jalan Bestari 2/2, Taman Nusa Bestari, di sini kira-kira pukul 2.15 petang, 9 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan Mohd Rizwan diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 20 Jun untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraff Mohd Diah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Artikel Lain