suria

Kerani Kilang Simen Ditemui Mati Ditikam

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditemui mati ditikam di hadapan pintu rumahnya di sebuah flat di Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Zainuddin Yaakob berkata, Kum Huey Lan, 46, seorang kerani di sebuah kilang simen di Pasir Gudang ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di tingkat tiga flat itu, kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Siasatan awal polis pada badan si mati mendapati terdapat tikaman di bahagian dada dan kesan kelar di leher yang dipercayai dari senjata tajam," katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata, tiada kamera litar tertutup di flat setinggi lima tingkat itu.

Beliau berkata, polis menolak motif kejadian itu akibat samun berikutan barangan peribadi mangsa termasuk wang tunai, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri masih berada padanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Lain