suria

Persenda Raja: Lagi NGO Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Tiga lagi badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung tindakan pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 11 April lepas.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) serta Lembaga Pemantau Pengguna Islam Malaysia (LPPIM) membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, Jumaat.

Ketiga-tiga NGO itu turut membuat laporan polis mengenai demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), meminta polis menyiasat peserta yang mengganggu ketenteraman awam.

Bercakap kepda pemberita selepas itu, Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata pihaknya memandang serius perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu dan pihak berkenaan perlu dikenakan tindakan tegas.

Presiden DESMMA Mohd Fazil Abdullah pula berkata perbuatan tersebut merupakan suatu penderhakaan terhadap raja-raja Melayu selain menunjukkan pemimpin terbabit tidak layak memimpin rakyat. BERNAMA

Artikel Lain