suria

Pemandu Beri Alasan Cuaca Panas Guna Cermin Gelap Lebihi Had

BESUT: Tidak tahan cuaca panas antara alasan paling banyak diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu daripada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap melebihi had dibenarkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyieberkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 3,514 notis telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaanyangmelakukankesalahan tersebut.

Beliau berkata ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk semua kenderaan ialah 70 peratus bagi cermin depan dan setiap 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang.

Sehubungan itu, katanya JPJ Terengganu kini sedangmenjalankan operasi besar-besaran membanteras penggunaan cermin gelap kenderaan tanpa kebenaran dengan mengadakan operasi sekatan jalan, operasi statik di jalan-jalan tertentu serta melakukan pemeriksaan di tempat letak kereta awam di seluruh negeri, membabitkan 300 pegawai dan anggota.

"Dalam soal ini sebelum mengenakan saman,JPJ memberi tempoh selama 10haribagi pemilik kenderaan yangmenerima notis supaya menanggalkan cermin gelap dan sekiranya dalam tempoh tersebut arahan tidak diendahkan barulah pihak kami menyaman mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Khas di Stesen JPJ Air Sejuk, Setiu di sini. Menurutnya pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggunakan cermin gelap atas dua alasan iaitu memerlukannya kerana kesihatandan isu keselamatan.

Katanya mereka yang berkenaan boleh mendapatkan borang di pejabat JPJ bagi memohon kebenaran menggunakan cermin gelap melebihi had dibenarkan.

Dalam operasi yang dijalankan bermula petang semalam sehingga awal pagi tadi sebanyak 130 kenderaan diperiksa dan lapan daripadanya dikesan kesalahan cermin gelap. -BERNAMA

Artikel Lain