suria

Lelongan Barang Rampasan Daripada Pengedar Dadah Dapat Perhatian

KUALA LUMPUR: Orang ramai datang beramai-ramai untuk melihat sendiri barang-barang yang dirampas oleh pihak polis daripada pengedar dadah, yang dipengaruhi oleh perasaan ingin tahu dan prospek memiliki sesuatu kepunyaan mereka yang mempunyai reputasi tinggi.

Antara barangan tersebut adalah barang kemas, jam tangan mewah, termasuk yang bertakhtakan berlian jenama Rolex bernilai RM18,000, sebuah komputer riba dan sebuah Proton Perdana.

Pra-tonton itu diadakan dari pukul 9 pagi hingga 4 petang Rabu di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Lelongan dijadualkan berlangsung pada 23 April ini di tempat yang sama.

C. Ramani, 48, yang mengetahui mengenai lelongan itu dalam akhbar The Star, sanggup menaiki teksi dari rumahnya di Ampang semata-mata untuk menyaksikan barangan itu yang dipamerkan buat julung kalinya.

“Saya rasa ingin tahu dan mahu melihatnya dengan sendiri, katanya pada pameran itu.

Ramani berkata, beliau akan membida untuk mendapat barang tersebut terutama seutas gelang emas yang menarik perhatiannya.

Bagaimanapun, bukan semua barangan yang dipamerkan menarik perhatian.

Khair Azim, 22, berasa kecewa kerana tidak banyak gajet elektronik yang akan dilelong.

“Saya berharap untuk melihat iPhone dan iPad,” katanya, sambil menambah dia mengetahui mengenai lelongan itu menerusi Twitter.

Pegawai Perolehan Barangan, Asisten Superitendan Mohd Zulkifli Mansor, yang bertanggungjawab lelong dan pra-tonton itu berkata, semua barang yang dianggarkan bernilai RM119,000 akan dilelong.

“Barang-barang ini telah disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988," katanya.

"Berdasarkan kejayaan kes pendakwaan pengedar dadah, kertas siasatan ke atas kes itu dianggap ditutup dan semua barang berharga dan harta yang disita kini boleh dilupuskan atau dijual.

"Kami sering menjual barangan melalui tender terbuka atau saluran lain, tetapi kali ini kami memutuskan menjadikan lelongan ini terbuka kepada orang ramai,” katanya.

Artikel Lain