suria

SPDP Sudah Ada Dua Calon Berpontensi Di Parlimen Mas Gading

KUCHING: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)sudah mempunyai dua nama calon yang berpotensi untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading, kata Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom.

Beliau berkata terpulang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan siapa daripada dua nama itu yang layak untuk mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Setiap parti komponen BN diberi tempoh dua minggu untuk memberi senarai nama calon masing-masing dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya manakala bagi kerusi lain (SPDP) tidak banyak berubah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Bapa Malaysia di sini, Rabu.

Katanya SPDP tidak bimbang dengan isu kira-kira 1,000 anggotanya yang keluar parti tersebut baru-baru ini kerana apa yang pasti mereka tetap akan penyokong BN pada PRU-13 nanti.

Pada pilihan raya umum yang lepas, SPDP sebagai salah satu komponen utama B Ndi Sarawak, memenangi kesemua empat daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak iaitu di Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain