suria

Pemandu Kereta Pacuan Empat Roda Maut Berlanggar Dengan Bas Ekspres

SANDAKAN: Seorang pemandu kereta pacuan empat roda maut selepas kereta yang dipandunya itu berlanggar dengan sebuah bas ekspres di kilometer 40 Jalan Labuk pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mangsa, seorang lelaki dikenali sebagai Udding, 46, mati di tempat kejadian.

Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi apabila kereta yang dipandu mangsa dari arah Bandar Sandakan yang hendak memasuki simpang di kanan jalan dilanggar sebuah bas ekspres yang juga dari arah yang sama.

Bas itu, katanya, dalam perjalanan ke Tawau berada di belakang kereta pacuan empat roda itu sebelum nahas berlaku.

Beliau berkata isteri Udding yang juga berada di dalam kereta itu turut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Katanya keadaan isteri mangsa dilaporkan stabil, manakala pemandu serta semua penumpang bas ekspres itu tidak mengalami sebarang kecederaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain