suria

K'jaan P.Pinang Nak Ubah Yang Dipertua MAIPP Dari Malik Kassim Kepada Salleh Man

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mendapatkan perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk merayu pertukaran jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang(MAIPP)yang kini disandang oleh salah seorang Exconya.

Mereka kini mahukan wakil PAS, Datuk Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua MAIPP mengantikan Abdul Malik Kassim.

Abdul Malik adalah Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dilantik ke jawatan Yang Dipertua MAIPP Februari lalu.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pada Februari lalu melantik Abdul Malik ke jawatan itu atas pencalonan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Menurut Mansor, pencalonan Abdul Malik dibuat oleh kerajaan negeri atas kapasiti beliau sebagai Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.

“Antara sebab lain mengapa kami pada mulanya mencalonkan nama Abdul Malik kepada Seri Paduka Baginda, Disember tahun lalu adalah kerana kami telah pun berhadapan dengan pengalaman masa lalu apabila calon yang dicadangkan oleh kami iaitu Mohd Salleh tidak terpilih untuk penggal 2010 dan 2011,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, Rabu.

Sebaliknya, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria yang dilantik ke jawatan itu. Tempoh perkhidmatan Ellias tamat pada 1 Januari lalu.

Abdul Malik, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana ia adalah kehendak kerajaan negeri.

Artikel Sebelum

Artikel Lain