Kerajaan Kaji Kemungkinan Bebaskan Tahanan ISA - Hishammuddin - Semasa | mStar

Kerajaan Kaji Kemungkinan Bebaskan Tahanan ISA - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk meneliti kemungkinan membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas rang undang-undang yang menggantikan akta itu dikuatkuasakan kelak.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu seberapa segera dan pembebasan akan bergantung kepada tahap ancaman tahanan kepada keselamatan negara.

"Saya fikir kami perlu menelitinya...untuk melihat sama ada adakah mungkin untuk kita membebaskan mereka.

"...dan kriterianya akan sentiasa demi kepentingan keselamatan negara dan kepentingan awam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Beliau berkata, pemansuhan ISA bukan saja mengambil kira aspek hak asasi manusia tetapi turut mengambil kira kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam.

Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan ISA 1960 yang telah berkuatkuasa selama 52 tahun.

Penggubalan rang undang-undang baru itu bagi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam daripada ancaman keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Antara lainnya rang undang-undang itu memperuntukkan tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata kerana kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kereta Rempuh Lori Rosak: Tiga Maut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain