suria

Giliran Idris Jala Pula Jadi Guru

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengajar subjek Bahasa Inggeris di SMK Tengku Idris Shah pada Teach For Malaysia Week. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengajar subjek Bahasa Inggeris di SMK Tengku Idris Shah pada Teach For Malaysia Week. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengajar subjek Bahasa Inggeris di SMK Tengku Idris Shah pada Teach For Malaysia Week. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI

KLANG: Jika Isnin lalu, artis terkenal Lisa Surihani dan suaminya Yusry Abdul Halim meluangkan masa selama sejam bertugas sebagai guru di SMK Pandamaran Jaya di sini, pada Selasa, tiba giliran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pula bertugas sebagai guru.

Mereka adalah sebahagian daripada selebriti dan juga tokoh awam serta korporat yang mengambil bahagian dalam minggu Teach For Malaysia yang sedang berlangsung sekarang.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Pemandu telah meluangkan masa untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar tingkatan empat, SMK Tengku Idris Shah, di sini.

Anak kelahiran Bario Sarawak itu menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah itu bahawa melalui pembacaanlah dia kini menjadi seorang yang berjaya.

“Anda semua mesti ada cita-cita...jika seorang budak dari Bario seperti saya boleh berjaya, anda juga boleh!” katanya.

Idris juga turut berkongsi pengalamannya dengan pelajar-pelajar sekolah menengah itu tentang zaman remajanya khususnya ketika di sekolah.

“Ketika saya masih bersekolah lantai bilik darjah saya diperbuat daripada lumpur dan kami diberikan hanya sekeping papan dan kapur untuk menulis kerana kami tidak mempunyai buku latihan untuk menulis.

"Dan bandar yang paling dekat dengan kampung saya ialah dua minggu berjalan kaki. Itu menunjukkan betapa jauhnya kampung kami dengan bandar," ujar beliau.

Di akhir program itu, Idris telah menyumbang satu set buku The Chronicles of Narnia karya C S Lewis dan berjanji siapa yang dapat menghabiskannya dengan pantas akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 daripadanya disamping berpeluang untuk makan bersamanya di Malaysian Petroleum Club KLCC.

Artikel Sebelum

Artikel Lain