suria

Dewan Rakyat Lulus RUU Laut Wilayah 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 bagi menggantikan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat 1969.

Penggubalan rang undang-undang itu selaras dengan pembatalan tiga Proklamasi Darurat iaitu Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1979.

Menerusi rang undang-undang itu antaranya mencadangkan peruntukan bagi had laut wilayah Malaysia diadakan berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982, iaitu lebar laut wilayah Malaysia hendaklah 12 batu nautika.

Sementara fasal 4 pula memperuntukkan kedaulatan berkenaan dengan hak laut wilayah, dasarnya dan tanah bawahnya, terletak dan dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, sementara fasal 5 adalah berkaitan peruntukan bagi peta dan carta had laut wilayah.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan membatalkan tiga proklamasi darurat yang masih berkuat kuasa dan membiarkan semua ordinan di bawah perisytiharan itu mansuh pada Jun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain