suria

Anwar: Selangor Disaran Tidak Bubar DUN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor disaran supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan sekiranya daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan pengundi negeri itu tidak dibersihkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, saranan itu tidak membabitkan tiga lagi kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Kita sarankan supaya Selangor tidak turut serta dalam pilihan raya umum akan datang. Kita nak tunggu sehingga daftar pemilih benar-benar dibersihkan.

"Di Selangor sahaja sehingga Disember 2011 ada pertambahan (pengundi) baru sehingga setengah juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Tambah Anwar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengambil maklum mengenai saranan berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain