suria

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Peringkat Jingga Dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu mengeluarkanamaran ribut dan hujan lebat peringkat jingga berlaku di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, yang dijangka berterusan sehingga malam ini.

Dalam kenyataannya Jabatan itu berkata kawasan yang terlibat ialah di negeri Perak meliputi Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang, manakala di Selangor kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur.

Keadaan cuaca yang sama di jangka berlaku di Sepang dan Putrajaya serta banjir kilat mungkin melanda kawasan terlibat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain