suria

MPK Bertindak Turunkan Poster & Bendera Parti Politik

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini.

Yang Dipertuanya Datuk Zulkifli Yaakob berkata tindakan itu diambil bagi memastikan pemasangan poster dan kain rentang itu tidak mengganggu lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya.

Beliau berkata antara kawasan yang dikenalpasti dipasang dengan bendera, kain rentang dan poster ialah di Jalan Beserah, Jalan Air Putih dan di kawasan-kawasan perumahan.

"Sekalipun pilihan raya umum ke-13 diramal semakin dekat, ia masih terlalu awal untuk pasang bendera-bendera parti," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Zulkifli berkata semua parti politik yang ingin menggantung kain rentang, poster dan bendera masing-masing semasa pilihan raya nanti perlu memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukannya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain