suria

MB Selangor Sedia Menghadap Agong Perjelas Isu Pembangkang Hina Raja-Raja Melayu

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik. Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu. "Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain