suria

Makanan Dirumah Sama Seperti Dalam Kapal Selam

KUALA LUMPUR: Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan dapat merasai bagaimana anak kapal selam makan sepanjang pelayaran mereka di dasar laut.

Hidangan daging salai yang dicipta oleh Tentera Laut Diraja Malaysia akan dijual di pasar raya tidak lama lagi sebaik sahaja ia dikomersilkan.

Terdapat dalam tiga perasa iaitu, lada hitam, percik madu dan satay ayam atau daging lembu anda hanya perlu mendidihkan makan tersebut dengan menggunakan air mendidih atau memanaskannya ketuhar gelombang mikro sebelum sedia untuk dimakan.

"Kami memperkenalkan makanan yang mempunyai perasa tempatan pada produk keluaran kami kerana ia sesuai dengan selera tentera dan keperluan seharian kami

"Ia antara produk keluaran kami yang diusahakan sejak dua tahun lalu," kata Ketua Pengarah Institut Pembangunan Sains dan Teknologi Tentera (Stride), Datuk Dr Abdul Ghaffar Ramli ketika melawat gerai Stride di pameran Pertahanan Asia 2012 di sini, Isnin.

Selain daging salai, Stride turut menghasilkan ‘alat penyamaran digital’ sendiri serta meriam dengan saiz 120 milimeter yang lebih ringat daripada pesaing-pesaingnya.

Dr Abdul Ghaffar berkata sebaik sahaja produk nereka dikomersilkan, pasukan tentera akan kurang bergantung terhadap pembekal antarabangsa.

"Pembiayaan dana adalah penting kerana dengan pelaburan berkenaan kita dapat meningkatkan kemampuan kita serta menghasilkan lebih banyak produk," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain