suria

Jangan Bodohkan Diri Terlibat Dengan Demo Jalanan - Maglin

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, khususnya generasi muda diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan elemen negatif dan memperbodohkan diri dengan menyertai kegiatan tidak berfaedah seperti demonstrasi jalanan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata golongan muda sepatutnya bersyukur kerana mereka menerima yang terbaik daripada kerajaan dan boleh hidup dalam suasana selesa.

"Saya hendak beritahu generasi muda ini bahawa negara ini tidak boleh menjadi lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang, tetapi keadaan boleh menjadi buruk. "Jangan kucar-kacirkan negara kerana apabila kita berada dalam situasi itu, kita tidak boleh berpatah balik...terutamanya kerana kita negara pelbagai bangsa. Malah negara yang tidak berbilang bangsa pun ada masalah," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

D'Cruz mengulas mengenai tindakan sekumpulan pelajar universiti yang melakukan demonstrasi jalanan pada Sabtu lepas bagi membantah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara.

Beliau sebelum itu merasmikan persidangan antarabangsa mengenai penjajahan dan kebijajahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain