suria

Jabatan Imigresen Tahan 13 GRO Warga ASing

GEORGE TOWN: Tiga belas wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di pusat karoake dekat Pulau Tikus di sini awal pagi Selasa.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri Abdul Rahman Hassan berkata mereka yang ditahan dalam sebuan pada pukul 2 pagi itu terdiri daripada 12 rakyat China dan seorang wanita Vietnam.

Kesemua wanita berusia antara 20 dan 40 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis terpaksa memecah pintu premis yang terletak dalam sebuah pusat beli belah itu apabila penjaga bangunan enggan memberi kerjasama.

"Ketika serbuan, wanita-wanita terbabit cuba melarikan diri melalui laluan rahsia tetapi gagal kerana seluruh tempat itu telah dikepung," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain