suria

Graduan Perlu Kuasai Bahasa Asing - Mustapa

KUALA LUMPUR: Graduan universiti perlu menguasai kemahiran berbahasa asing untuk memastikan mereka boleh bersaing dengan berkesan dalam pasaran kerja antarabangsa, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ada banyak syarikat Malaysia yang beroperasi di negara-negara lain dan memerlukan pekerja yang memiliki beraneka kemahiran.

"Kita bukan sahaja perlu memberikan tumpuan kepada usaha menghasilkan dan memiliki sekumpulan bakat yang tinggi kemahiran dan pengetahuannya, malah juga mereka yang mempunyai kebolehan dalam bahasa asing. Hari ini beberapa bahasa digunakan di peringkat antarabangsa.

"Oleh itu, pelajar-pelajar kita perlu berkemahiran dalam bahasa-bahasa asing untuk merebut peluang pekerjaan di Malaysia dan juga di luar negara," tegasnya.

Mustapa berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Kerjasama Fokus Sektor 2012 (SFCF 2012) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Selasa.

SFCF 2012 adalah acara tiga hari anjuran Bahagian Alumni dan Perkhidmatan Kerjaya serta Bahagian Hubungan Komuniti dan Industri UIAM dengan kerjasama Talent Corp Malaysia Bhd (TalentCorp).

Ia bertujuan mewujudkan kesedaran tentang pilihan-pilihan kerjaya yang ada dalam sektor berkaitan kejuruteraan dan kewangan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain