suria

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Tawau

TAWAU: Tiga termasuk seorang wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di bulatan Batu 4, Jalan Apas, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 2 pagi itu ialah Tan Tee Khong, 24, Wong Lian Chern, 31 dan Chin Mui Ling, 22. Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala, katanya kepada pemberita, di sini.

Semua mayat dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat, katanya. Beliau juga berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipandu laju sebelum kejadian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain