suria

Mangsa Banjir Di Kampar Meningkat

KAMPAR: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di sini bertambah kepada 1,166 orang tengah hari Jumaat berbanding 1,145 orang, Khamis.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata seramai 862 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan selebihnya di Dewan Pulau Bergading.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20. Hujan lebat pada Rabu menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat.

Tinjaun Bernama mendapati air masih bertakung di kawasan terlibat berikutan hujan lebat malam tadi.

Sementara itu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Sungai Segar yang menempatkan 39 mangsa banjir di Ijok, Selama ditutup pagi ini apabila kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing. - BERNAMA

Artikel Lain