suria

Majlis Perjumpaan Dengan Najib Di P.Pinang 22 April

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong 1Malaysia Pulau Pinang akan menganjurkan majlis bertemu dan berinteraksi antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan badan bukan kerajaan (NGO) Cina di Pulau Pinang pada 22 April ini.

Pengerusi penganjur Lim Boo Chang berkata, majlis tertutup itu dijadual diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, bermula 3 petang.

"Kami telah menjemput semua NGO Cina di Pulau Pinang untuk menghadirinya. Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan majlis seumpama ini. Akan ada sesi soal jawab di mana NGO Cina boleh memberikan maklum balas dan cadangan kepada perdana menteri," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Beliau berharap NGO Cina di Pulau Pinang akan mengambil peluang itu untuk memberikan maklum balas terhadap program tranformasi Perdana Menteri, terutama untuk memasukkan Pulau Pinang dalam program itu. - BERNAMA