Jangan Terpengaruh 'Politik Gula-Gula' Pembangkang - Ahmad Maslan - Semasa | mStar

Jangan Terpengaruh 'Politik Gula-Gula' Pembangkang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang hanya memainkan 'politik gula-gula' dengan menabur pelbagai janji untuk menang pilihan raya tetapi janji-janji itu kerap kali dimungkiri, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pada Khamis.

"Janji mereka untuk turunkan harga minyak...sudah banyak kali saya katakan dan mencabar mereka untuk turunkan harga minyak itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan (yang diperintah pakatan pembangkang)...kenapa mereka tidak turunkan harga minyak di empat negeri itu.

"Mereka sebenarnya boleh menurunkan harga minyak itu dengan menambah subsidi, sebagai contoh Minyak RON 95, subsidi yang diberikan oleh kerajaan hari ini ialah RM1.03 sen seliter dan mereka boleh turunkan harga minyak dengan menambah subsidi sehingga RM1.50 satu liter dan perbandingan antara RM1.03 sen dan RM1.50 sen adalah sebanyak 47 sen, tetapi mereka tidak lakukannya," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata antara isu yang dianggap politik gula-gula pembangkang ialah isu penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan tol serta pemberian Wifi percuma dalam negara.

"Berkenaan isu hapuskan ISA, Isnin ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) akan membentangkannya di Parlimen untuk menghapuskan ISA, kemudahan Wifi percuma turut disediakan di kampung seluruh tempat...sekiranya ingin hapuskan tol, kenapa tidak hapuskan tol di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum hapuskan tol di Malaysia?

"Kenapa mereka tidak buat? Gula-gula pilihan raya sahaja dan hanya janji-janji kosong apabila sudah dapat mereka tidak tunai janji-janji itu dan kita seharusnya tolak pembangkang yang berjanji untuk berikan kita gula-gula yang tidak kekal lama ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Umno Bahagian Pandan di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa