Pelajar Perempuan Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda - Semasa | mStar

Pelajar Perempuan Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda

BESUT: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, di sini yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.

Katanya hasil siasatan polis, pelajar perempuan itu mengaku melakukan aktiviti sampingan membantu bekas teman lelaki menjual pil kuda di luar waktu sekolah sejak empat bulan lalu.

Gadis itu bagaimanapun menafikan menjual dadah kepada pelajar sekolah lain.

Kamaruddin berkata susulan itu, pihaknya menahan teman bekas teman lelaki pelajar berkenaan yang berumur 19 tahun dan abang lelaki itu yang berumur 34 tahun pada hari yang sama. "Bekas teman lelaki pelajar itu ditahan di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu dan ketika ditangkap, polis menemui 100 biji pil kuda (methamphetamine) daripadanya," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya berdasarkan maklumat daripada pemuda berkenaan, pihak polis memberkas abangnya kira-kira 45 minit kemudian di sebuah rumah kampung yang sama.

Menurut Kamaruddin polis turut menemui tujuh biji pil kuda di dalam rumah tersebut.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pelajar perempuan itu dan bekas teman lelakinya negatif dadah, bagaimanapun abang pemuda itu positif pil methamphetamine.

Katanya dua beradik itu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain