PDNKK Perak Patahkan Kegiatan Seleweng Diesel - Semasa | mStar

PDNKK Perak Patahkan Kegiatan Seleweng Diesel

TELUK INTAN: Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Perak mematahkan kegiatan menyeleweng minyak diesel menggunakan lori tangki dalam satu sekatan jalan raya di Hutan Melintang, dekat sini, awal pagi Khamis.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Rosli Ahmad berkata lori tangki yang membawa 10,920 liter minyak diesel bernilai RM30,248 ditahan pada kira-kira pukul 3.15 pagi selepas melakukan intipan selama dua minggu.

"Jumlah keseluruhan rampasan adalah RM80,248. Ini termasuk kenderaan yang ditahan bernilai RM50,000," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata sehubungan itu, pemandu lori berkenaan yang berusia 59 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

"Tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa PDNKK cawangan Teluk Intan yang mengesyaki berlaku penyelewengan minyak diesel bersubsidi untuk kegunaan nelayan tempatan," katanya.

Rosli berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabit kesalahan individu yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain