Aceh Dilanda Gempa Bumi Berukuran 5.3 Skala Richter, Khamis - Semasa | mStar

Aceh Dilanda Gempa Bumi Berukuran 5.3 Skala Richter, Khamis

JAKARTA: Selepas digegarkan gempa kuat berukuran 8.5 pada skala Richter petang Rabu dan sejumlah gempa susulan sehingga malam, Aceh terus dilanda gempa tektonik berkekuatan 5.3 pada skala Richter pada Khamis.

Kejadian pada Khamis berlaku di 442 km ke Barat Daya bandar Sabang, Aceh, pada pukul 7.29 pagi, dengan kedalaman gempa 124 km.

Ketua Stesen Geofisika Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Kepahaing, Bengkulu, Dadang Permana berkata sehingga kini sejumlah 25 gempa susulan berkekuatan lebih 5 pada skala Richter berlaku sejak kejadian gempa bumi kuat petang Rabu.

Gempa susulan terkuat pada Rabu berlaku pada pukul 5.45 petang atau dua jam selepas gempa pertama, dengan kekuatan 8.3 skala Richter, yang juga berpotensi menimbulkan tsunami.

Gempa kuat yang menggegar Simeulue itu dikhuatirkan akan mencetus gempa lain yang diakibatkan oleh gesekan lempeng IndoAustralia yang terdapat di sepanjang perairan Barat Sumatera, dan penduduk di pesisir pantai telah diminta berwaspada terhadap kemungkinan itu.

Kawasan pesisir pantai itu membabitkan provinsi Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain