suria

Thailand Tarik Balik Amaran Tsunami

BANGKOK: Thailand telah menarik balik amaran tsunami berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter melanda Aceh, Indonesia, Rabu.

Amaran itu ditarik balik oleh Pusat Amaran Bencana Kebangsaan malam Rabu.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan.

Katanya keadaan paras ombak meningkat juga dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand.

"Kami akan terus memantau keadaan untuk beberapa jam lagi," katanya. Terdahulu, Yingluck mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di sini dengan menggerakkan pelan kecemasaan tsunami.

Sebelum itu perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang. - BERNAMA

Artikel Lain