suria

Lima Anggota 'Geng Snooker' Diberkas

KUALA LUMPUR: Polis memberkas lima anggota "Geng Snooker" yang dipercayai terlibat dalam tujuh kes ragut dan samun jalanan di sekitar Cheras dan Ampang awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kelima-lima suspek berusia antara 24 dan 25 tahun itu ditahan polis dalam serbuan di sekitar Cheras pada 3 April dan kini direman sehingga 12 April.

"Polis merampas beberapa barang kes yang dipercayai hasil curi antaranya lima telefon bimbit jenama Blackberry, enam motosikal jenis Kawasaki, Yamaha 125Z dan Honda EX5 serta tiga kereta jenis Honda EK, Proton Satria dan Honda Civic," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Turut dirampas sebilah sabit, sebilah pisau pemotong daging dan sebilah pisau lipat.

Mohan berkata siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti mangsa-mangsa terlibat berdasarkan kepada barangan yang dirampas. - BERNAMA

Artikel Lain