suria

Gempa: Tsunami Setinggi 80 Sentimeter Di Pantai Aceh

JAKARTA: Sekurang-kurang tiga tsunami setinggi 80 sentimeter dilaporkan berlaku di beberapa pantai di Aceh, Indonesia selepas gempa bumi berukuran 8.6 magnitud melanda kepulauan Sumatera, Rabu.

Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Kristiawan berkata, tsunami tertinggi berlaku di Meulaboh, barat Aceh dengan ukuran setinggi 80 sentimeter dan tsunami kecil dilaporkan di pantai berdekatan.

Ia direkodkan pada pukul 6 petang (7 petang waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas gempa bumi kuat melanda Aceh.

Gempa bumi pertama mencetuskan amaran tsunami di Laut India.

Artikel Lain